Pelbagai kemudahan asas di Jeti Pelancongan Muara Sungai Merang, Setiu telah siap dan mula digunakan sejak Mac lalu.
Kemudahan asas itu merangkumi banyak aspek termasuk keselamatan.
Kawasan jeti yang merupakan pintu masuk utama ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah bakal ditempatkan beberapa agensi lain bagi memudahkan urusan orang ramai terutamanya pelancong.
Salah satu jabatan yang akan ditempatkan di sini ialah Jabatan Laut.
Kemudahan lain seperti tandas awam, lot parkir, surau serta beberapa kiosk diharap dapat memberi kemudahan kepada pelancong.
Kesemua pengusaha bot pelancongan di kawasan tersebut akan dikumpulkan di satu tempat.
Jeti yang akan siap dibina ini akan menempatkan kaunter penjualan tiket serta kemudahan-kemudahan lain.


0 comments:
Post a Comment