Sejak minggu lepas lagi, hangat sungguh dengan gosip penyanyi Indonesia,
Datuk Rossa yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang kerabat
diraja Pahang. Rossa yang terkejut membaca berita berkenaan telah
tampil menjelaskan perkara sebenar dan sekaligus menafikan khabar angin
berkenaan.
"Sebaik saja membaca artikel yang dikirimkan seorang
teman, memang saya terkejut kerana cara penyampaiannya seolah-olah ada
saksi di tempat kejadian, walhal perkara itu tidak benar. Saya tidak
marah, tetapi kecewa kerana artikel itu seperti mengesahkan saya sudah
berkahwin. Kalau gosip, tulislah seperti gosip."
"Alhamdulillah, ramai teman saya di Malaysia termasuk kerabat negeri
itu sendiri tidak percaya dengan gosip berkenaan. Mujurlah juga keluarga
saya tidak mengetahui mengenainya. Apa yang penting, kekasih saya juga
tidak percaya akan cerita itu."
Rossa juga dengan tegasnya berkata, jika benar beliau sudah
mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja, beliau meminta mereka
yang membuat dakwaan liar itu untuk tampil dengan bukti bergambar.
"Jikalau ada foto yang menunjukkan hal terbabit, tolong
kongsikan! Tetapi, jika tiada bukti, tidak elok ditulis sebagai berita
kerana saya rasa ia hanya merugikan. Terima kasih dan semoga ada jalan
untuk memperbaiki hal yang tidak baik ini."
Menurut Rossa, beliau sama sekali tidak mahu terlibat dalam mana-mana
kontroversi dan fokus beliau selama ini adalah terhadap kariernya
sahaja. Rossa sebenarnya khuatir jika isu ini membuatkan peminatnya
memandang negatif kepada beliau.
Sumber : Beautifulnara.com
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


0 comments:
Post a Comment