Bajet 2017 " Apa Cadangan Rakyat? "



Kerajaan Negeri Terengganu melalui Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu(UPMN) telah menyediakan aplikasi eCadangan "Bajet 2017 Apa Cadangan Rakyat" di portal rasminya www.terengganu.gov.my.

Aplikasi ini membolehkan rakyat Terengganu khususnya memberikan cadangan kepada pihak kerajaan negeri untuk dimasukkan ke dalam bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Pendekatan ini selaras dengan prinsip inklusif "suara rakyat, suara keramat" di dalam Transformasi Terengganu Baharu.

Cadangan yang terpilih akan dimasukkan di dalam pembentangan bajet 2017 dan  dilaksanakan oleh pihak kerajaan demi kepentingan rakyat.



About Unknown

0 comments:

Post a Comment