Geoduck atau nama sainstifiknya Panopea generosa
adalah spesies yang sangat besar, kerang air masin yang boleh dimakan dalam
keluarga Hiatellidae merupakan kerang
pengorek lubang terbesar di dunia.
Ia juga dikenali sebagai itik lumpur, raja
kerang, atau apabila diterjemahkan secara literal dari Cina, kerang gajah
batang.
Ia merupakan salah satu daripada haiwan yang mempunyai jangka hayat hidup yang lama , dengan jangka hayat sehingga 140 tahun.Yang tertua telah direkodkan sehingga usia 168 tahun.
Geoduck ini berasal dari pantai barat Amerika Utara. Saiz cengkerang kerang ini adalah di antara 15 sentimeter 5.9 inci kepada lebih 20 sentimeter 7.9 inci panjang.
Ia hidup dalam ekosistem yang berlumpur dan berpasir. Hidupan ini akan berada pada kedalaman 10 - 80 kaki di bawah tanda air surut paling minima.
Raja kerang ini banyak dipasarkan di Amerika Syarikat dan dihidangkan sebagai makan istimewa/eksotik di kebanyakan negara-negara Asia Pasifik.


0 comments:
Post a Comment