Pembaharuan Cukai Jalan Tanpa Geran


*NOTIS KEPADA PEMILIK KENDERAAN (TERUTAMA KEPADA KENDERAAN YANG DIDAFTARKAN ATAS NAMA ORANG LAIN)*

Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanakan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.

Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
Bermula 1 September 2016, Renew Roadtax dan Insurans tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.
Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.
Bagaimana jika geran asal kereta hilang?

Jika anda ingin maklumat kenderaan disebabkan geran asal telah hilang, anda digalakkan ke JPJ berhampiran bagi mendapatkan maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan untuk pihak insuran satu salinan bagi perbaharui insurans atau claim insurans.

About Unknown

0 comments:

Post a Comment