PAS Akan Sertai Bersih Jika Arwah Masih Hidup – Takiyuddin?
PETALING JAYA – PAS tidak akan menyertai Bersih 5 jika bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika Nik Aziz masih hidup, pastinya beliau turut menegaskan tidak perlu untuk menyertai perhimpunan tersebut.
“Mungkin kalau Nik Aziz (masih) ada (hidup), dia akan kata tidak perlu. Saya boleh buat andaian itu. Memanglah dulu kita sertai Bersih tetapi atas sebab tertentu.
“Kali ini kita buat keputusan tidak sertai Bersih,” katanya memetik sebuah portal.
Takiyuddin berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Adun Salor Datuk Husam Musa sebelum ini yang mendakwa Allahyarham Nik Aziz semasa hayatnya mengarahkan ahli parti Islam itu agar menyertai Bersih.
Sementara itu, Husam mempertahankan tindakannya memetik kata-kata Nik Aziz berhubung PAS perlu menyertai himpunan Bersih.
Tegasnya, tidak salah sekiranya memetik kata-kata orang yang sudah meninggal. sedangkan Nabi Muhammad juga seringkali dipetik kata-kata dan seruannya.
Sumber : suaratv

0 comments:
Post a Comment