PBSNT Bantah FAM Beri Pahang Menang ‘free’!



Berang keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberi 3 mata percuma kepada pasukan Pahang, Terengganu tampil membuat bantahan keras terhadap badan induk bola sepak itu esok.

Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Dato Rozi Mamat menegaskan tindakan berkenaan diambil sebagai tanda protes kerana merasakan ada sesuatu tidak kena dengan FAM sekarang ini.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) jelas kecewa dengan situasi yang berlaku dan ia boleh memberi kesan psikologi kepada pasukan Terengganu yang sedang bergelut daripada zon penyingkiran.


Tok Gajah diberi kemenangan percuma selepas Kedah didapati menurunkan pemain yang digantung ketika perlawanan 3 Ogos lalu.

Keputusan ini juga memberi peluang kepada Pahang untuk kekal di Liga Super selepas menduduki kedudukan ke kesembilan dengan 23 mata sekaligus selamat dari terjurumus ke Liga Perdana musim depan.

Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa baru sekarang FAM mengambil tindakan sedangkan aksi tersebut sudah dilangsungkan lebih 3 bulan lalu.

Namun begitu, Rozi tetap yakin dengan kesungguhan pemain Peteh yang akan bermain ‘abih reng’ ketika bertemu pasukan Pulau Pinang di gelanggang lawan Sabtu ini dalam hasrat kekal di Liga nombor satu Malaysia 2017.

About Unknown

0 comments:

Post a Comment