Kejam! Remaja Lelaki Didera Ibu, Bapa Tiri di Marang


Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menjadi mangsa dera oleh ibu dan bapa tiri dalam kejadian kejam di Kampung Wakaf Dua Marang.
Menurut laporan akbar sebelum ini, remaja berkenaan telah didera sejak enam tahun lalu dan kes itu terbongkar selepas beliau mendapat rawatan di klinik Chendering, Kuala Terengganu sebelum dirujuk kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk. Laporan polis sudah dibuat oleh pihak hospital.

Penderitaan mangsa mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, YB Roslee Daud yang datang melawat remaja tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu hari ini.
Bagi Roslee, keutamaan sekarang adalah memastikan mangsa mendapat rawatan secukupnya untuk pulih daripada trauma yang dialaminya.
‘Kita ingin pastikan hospital menjaga anak ini supaya kita dapat pulihkan dalam keadaan normal sebab kita difahamkan beliau dalam keadaan trauma jadi perlu penjagaan yang cukup rapi’.
‘Kita harap pihak hospital dapat memastikan anak ini dijaga dengan sebaiknya’.
Sumber : Terengganutimes.com

About Unknown

0 comments:

Post a Comment