Kira-kira RM109 juta pinjaman pendidikan menerusi Yayasan Terengganu (YT) gagal dibayar balik mengikut jadual sejak 2010 sehingga Julai lalu.
Jumlah itu melibatkan 14,418 daripada 20,075 peminjam. Selebihnya iaitu 5,657 individu adalah pembayar aktif dengan bayaran pinjaman RM11.6 juta dalam tujuh bulan pertama tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi, Transformasi Negeri, A. Latif Awang berkata, tunggakan itu akan dikutip secara berperingkat dengan menyasarkan kutipan tunggakan RM25 juta setahun.
Katanya, perkara itu positif selepas YT mengambil beberapa langkah termasuklah,
- Tawaran diskaun sebanyak 20 peratus daripada baki pinjaman kepada peminjam yang ingin menjelaskan keseluruhan baki pinjaman.
- Tawaran rebat antara 10 hingga 18 peratus daripada jumlah pinjaman bagi peminjam yang menjelaskan hutang dalam tempoh 1 hingga 4 tahun.
A. Latif menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih-BN).
Sumber : Terengganudaily.com

0 comments:
Post a Comment