![]() |
| Gambar Hiasan |
KUALA TERENGGANU — Sekurang-kurangnya 20 pelajar perempuan diserang histeria dalam satu perhimpunan di sebuah sekolah di sini pagi semalam.
Pelajar pertama yang mengalami masalah itu mungkin sudah “diganggu” dari tempat lain, kata pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin.
Gejala psikologi itu kemudiannya “berjangkit” kepada pelajar-pelajar lain yang “lemah semangat”, katanya seperti dilapor Sinar Harian.
“Kejadian sebelum ini juga dari pelajar yang sama. Bagaimanapun keadaan terkawal apabila ustaz dan para guru di sekolah tersebut segera membacakan ayat-ayat al-Quran sebagai ikhtiar menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Kejadian 8 pagi ini, di sebuah sekolah di Batu Burok, dipercayai yang kedua. Sebelum ini histeria pernah berlaku tetapi melibatkan sebilangan kecil pelajar semasa kem pelajar tingkatan lima.
Semalam, ia melibatkan lebih ramai pelajar daripada beberapa tingkatan, lapor akhbar itu lagi.
Seorang pelajar tiba-tiba menjerit pada sesi akhir perhimpunan sebelum “merebak” kepada pelajar lain dan berlarutan sehingga di luar dewan sekolah.
Sumber : Terengganutimes.com

0 comments:
Post a Comment