Sidang DUN Ke13 - Kemelut Selesai, Fokus PRU14


"Segala kemelut sudah berakhir dan secara tidak langsung ia memberi petunjuk bahawa kita perlu bersiap-siaga dan selepas ini kita akan mantapkan lagi kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta memberi fokus untuk menghadapi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) nanti,”demikian kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selesai Persidangan DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Menteri Besar mengulas pertanyaan media demikian mengenai kemelut yang melanda kepemimpinan negeri masa kini, termasuk isu ancaman bekas Menteri Besar, Dato’ Sri Ahmad Said yang dikatakan akan keluar UMNO dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru.

“Saya yakin dan percaya, orang UMNO dan Barisan Nasional semangat kita lain, semangat menjaga parti dan kepentingan kepada rakyat. Seperti saya sebut tadi segala kemelut ini sudah selesai,”katanya.
Tambah beliau lagi, segala keputusan yang diambil mestilah secara solidariti dan permuafakatan kerana ia bukan masalah peribadi beliau sahaja, tetapi masalah parti secara keseluruhan.
“Ini akan kita bincang secara bersama. Semangat yang ada di kalangan pemimpin UMNO adalah kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi,”katanya.

Sumber : FB The Iman Tribune

About Unknown

0 comments:

Post a Comment