Beliau yang merupakan presiden Persatuan Gabungan Permotoran Terengganu berkata, amat gembira apabila dapat turut sama ke program Beautiful Terengganu 2016 di Singapura itu.
Tambahnya, selain dari Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu, persatuan-persatuan permotoran dari Johor dan Singapura turut terlibat dalam konvoi tersebut.
"Konvoi Promosi Terengganu Bike Week 2017 sempena Beautiful Terengganu di Singapura telah disertai sebanyak 80 buah motosikal berkuasa besar.
"Dengan adanya presiden-presiden kelab permotoran dari Johor dan Singapura yang memberi sokongan serta kerjasama yang baik ianya sekaligus dapat turut memeriahkan lagi program Beautiful Terengganu pada hari ini," katanya yang ditemui di Singapore Expo, Changi.
Terengganu Bike Week merupakan acara tahunan yang dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri dan bagi 2017 ianya akan berlangsung pada 30 Mac hingga 1 April tahun hadapan.
Sumber : The Iman Tribune


0 comments:
Post a Comment