Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin mengetuai Konvoi Promosi Terengganu Bike Week 2017 sempena Beautiful Terengganu di Singapura yang bermula 11 sehingga 15 Ogos 2016.
Konvoi yang melibatkan lebih 50 buah motosikal berkuasa tinggi dianjurkan Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri.
Konvoi tersebut mendapat kerjasama persatuan permotoran dari negeri Johor dan Singapura yang turut sama menyertai promosi Terengganu Bike Week 2017 yang menjadi salah satu acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.
.
Rombongan berkenaan bertolak dari Johor Bahru ke Singapura pada hari ketiga berlangsungnya pameran Beautifull Terengganu bertempat di Expo Hall, Changi.
Program yang menjadikan pasukan berkenaan sebagai duta kecil bagi mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017 di negeri-negeri yang dijelajahi dan juga negara sempadan Malaysia itu.
Sumber : The Iman Tribune




0 comments:
Post a Comment