Kuala Terengganu : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bersambung selepas rehat tanpa kelibat mantan menteri besar Dato’ Seri Ahmad Said juga adun Kijal.
Ahmad kelihatan berjalan keluar selepas selesai sesi pagi selepas dewan berhenti rehat pada jam 11.30 pagi ini.
Ketika berjalan meninggalkan dewan beliau ditanya soalan berkaitan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dan beliau hanya menjawab ringkas “mana saya tahu” sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan wartawan.
“Ia macam perang juga. Kalau orang bersiap sedia, kita pun tak jadi.
“Kalau orang serang saya, saya akan serang semula. Takkan nak biar,” katanya sebelum meninggalkan pekarangan wisma.
Beliau menjadi perhatian susulan desas-desas undi tidak percaya minggu lalu, walaupun telah dinafikan oleh Ahmad Razif sebelum ini.
Sebelum ini, Ahmad Said lantang bersuara yang mana telah dilaporkan berita arus perdana dan juga media sosial mengancam keluar UMNO dan akan bekerjasama dengan PAS.
Beliau hadir ke sidang DUN pagi ini dengan raut wajah yang ceria dan sambil melemparkan senyuman kepada hadiri yang menanti sejak jam 8.00 pagi lagi.
Ketika ini UMNO mempunyai 17 kerusi manakala pembangkang 14 kerusi dengan ketidakhadiran Dato’ Seri Abdul Hadi Awang juga adun Rhu Rendang.
Sebelum ini juga, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong telah menolak usul undi tidak percaya Ahmad Said kerana tidak mengikuti tempoh notis 14 hari yang perlu dimohon kepada dewan.
Sidang dewan hari ini Mohd Zubir turut berpesan kepada ahli dewan, jagalah tatatertib dan buatlah perkara yang baik untuk rakyat sepanjang menjalankan tugas didalam dewan ini.
Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar dan beliau mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.
Sumber : Terengganutimes.com

0 comments:
Post a Comment