Power Bank Terbakar, Paha Jurukamera Melecur



Seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melalui pengalaman ngeri dalam hidupnya apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya tiba-tiba terbakar hingga mengakibatkan paha kirinya melecur.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari pada Khamis itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Awie, 43, dilaporkan sedang bertugas membuat liputan berita pada satu majlis di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menurut Awie, kebakaran power bank miliknya itu cuma disedari apabila seorang wanita menjerit sejurus memandang ke arah begnya
“Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah.
Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini,” katanya.
Berikutan itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati akibat kesan melecur yang teruk

Ini pula komen dari adik mangsa:
Salam. Take note and take care semua 
Kejadian siang tadi : 25/8/2016
– Power bank TIDAK ON.
– Power bank sedang TIDAK DIGUNAKAN.
– Power bank berada di dalam beg tapi diriba.
– Power bank brand P**ENG.
Tiba tiba sahaja power bank itu mengeluarkan api dalam masa 5 saat je bag dan seluar jeans terbakar. Bayangkan seluar jeans pun boleh tembus . Ini berlaku kepada abang saya , Cameraman Bernama Tv ( Bernama News Channel ( BNC ) , Awie.
It could happen to anyone.
Perkongsian buat semua sahabat
diluar sana … Berhati hati ya.
Bayangkan power bank berada di
dalam poket seluar . Ya Allah … Ngeri 
Kalau sesiapa yang pergi travel ,
elakkan letak powerbank dlm kargo juga ya. Sumpah kena take serious! Dan juga itu tengah x on, bayangkan kalau tgh on pastu atas tapak tangan pula 
Nauzubillahhiminalzalik.
Apapun salam takziah buat abg saya semoga beliau cepat sembuh.
Amin .
Semoga cepat sembuh dan berhati-hati guna powerbank, yang pasti sila beli yang original
Sumber: Penmerah

About Unknown

0 comments:

Post a Comment