Tunku Tun Aminah dilantik Presiden JDT



Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dilantik sebagai presiden kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah pemilik kelab JDT. 

Dalam sidang media di sini, hari ini, Tunku Tun Aminah mengakui terkejut dengan pelantikan itu, namun menganggap amat bertuah kerana Tunku Ismail menaruh kepercayaan kepadanya untuk memajukan lagi kelab berkenaan.

 "Saya amat terkejut selepas Tunku Mahkota Johor menawarkan jawatan berkenaan dan menganggap ia satu cabaran untuk memastikan JDT bergerak ke hadapan dengan lebih mantap.

 "Saya melihat sendiri kesungguhan abang saya berusaha untuk memajukan kelab berkenaan sejak 2013. Malah saya lihat ia bukan tertumpu kepada JDT saja, sebaliknya apa yang dititik berat adalah pembangunan bola sepak terutama memajukan akademi bola sepak.

 "Apa yang dilakukan jelas membuahkan hasil selepas berjaya merangkul enam kejuaraan sejak kelab JDT ditransformasikan oleh Tunku Ismail. 

Ia pencapaian cukup membanggakan selain kerjasama dengan kelab antarabangsa iaitu Borussia Dortmund," kata Tunku Tun Aminah pada sidang media di Bilik Sidang Media, Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, di sini. 

Tunku Tun Aminah turut berjanji untuk sentiasa bekerjasama dengan Tunku Ismail dan semua pihak yang terbabit bagi memastikan JDT terus dipertingkatkan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sumber : bharian.com.my

About Unknown

0 comments:

Post a Comment