Aplikasi eAduan Terengganu Diperkasakan









Kerajaan Negeri Terengganu melalui Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) terus memperkasa dan menambah baik sistem e-Aduan di negeri ini dengan memperkenalkan kaedah baharu apabila rakyat boleh menyalurkan pandangan dan aduan menggunakan Aplikasi eAduan beserta gambar sebelum kes itu diselesaikan dengan kadar segera oleh agensi berkaitan.

Aplikasi eAduan Terengganu telah dilancarkan pada bulan Oktober 2014 dan diuruselia oleh Unit Korporat SUK Terengganu.

Menteri Besar Terengganu berkata, menerusi kaedah baharu itu, rakyat boleh menyalurkan sebarang masalah bukan saja melalui laman web atau talian, malah sistem Aplikasi melalui telefon masing-masing dengan lebih efisien dan lancar selaras dengan perkembangan teknologi semasa

Katanya, kemudahan berkenaan mampu memudahkan orang ramai untuk membuat aduan yang akan dipanjangkan ke agensi atau jabatan kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut seterusnya dipantau oleh beliau sendiri memandangkan sistem itu disambungkan terus ke Pejabat Menteri Besar.

Kini anda boleh memuat turun aplikasi eAduan di Google Play atau App Store.


1. GooglePlay/e-Aduan

2. App Store / e-Aduan




















About Unknown

0 comments:

Post a Comment