Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT)
memperkasakan penguatkuasaan kegiatan maksiat apabila bertindak menyerbu
pusat hiburan dan rumah Urut di Negeri ini semalam di 9 lokasi berasingan
semalam.
Menurut
Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) Jheat, Nik Zulhaiza Ismail berkata
seramai 6 orang di tahan antaranya 5
lelaki dan seorang perempuan berumur antara 20 hingga ke 40 tahun berbangsa
melayu beragama Islam.
“Mereka
ditahan dibawah seksyen 31 ( khalwat) dan melibatkan satu kes seksyen 29 (
perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah)
dibawah enekmen undang-undang syariah negeri Terengganu.
“Tangkapan
itu hasil daripada serbuan ke tiga buah rumah urut di Kuala Terengganu antara
jam 10.30 sehingga 12.00 malam melibatkan kekuatan anggota seramai 65 orang termasuk 3 orang pegawai
Jheat,katanya semalam kepada pemberita.
Selain
itu, katanya 7 notis arahan hadir Seksyen 34 ( berkelakuan tidak sopan di
tempat awam ) enekmen yang sama juga telah dikeluarkan keatas 3 lelaki dan 4
perempuan berumur antara 20 tahun ke 25 tahun.
“JHEAT
sentiasa mengadakan pemeriksaan berwaran dan 0 operasi bersepadu sebagai
langkah pencegahan dan bertindak melalui aduan orang awam,
“Kebanyakkan pekerja rumah urut terdiri
daripada warga asing dan berselindung disebalik kedai Refleksologi untuk
menjalankan kerja tidak bermoral itu,
“Pihaknya
akan sentiasa mempergiatkan operasi ini dari masa ke semasa, ujarnya.
JHEAT
memandang serius isu tidak bermoral ini dan sentiasa memantau serta mengambil
tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti maksiat seumpama
itu.
Sumber : Terengganutimes

Bagus JHEAT
ReplyDelete