Mati Ditikam Di Pejabat Agama Terengganu


Kejadian tetak dan tikam berlaku di perkarangan tempat letak kereta Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu, Kompleks seri Iman Bukit Besar yang melibatkan seorang lelaki melayu berumur dalam 30 an.
Mangsa ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan mangsa yang berasal dari Manir dan khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan  suspek.
Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Kelantan itu mempunyai seorang adik perempuan yang mana mahu melihat dan mengambil butir-butir perkahwinan suspek yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.
Suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membawa adiknya ke pejabat agama terus bertindak menikam mangsa disini.
Pihak polis menjalankan siasatan diatas kejadian ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : kulihatlangitbiru.com

About Unknown

0 comments:

Post a Comment