2 Suspek Ditahan Bagi Bantu Siasatan Polis


Pihak polis menahan 2 lelaki melayu bagi membantu siasatan mengesan suspek utama kes pembunuhan di parkir Kompleks Seri Iman, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu semalam.
Menurut kenyataan pihak polis, pihaknya telah membuat serbuan pada jam 4.45 petang di dua kediaman dan dua lokasi berbeza  iaitu di  Jalan Tanjung Bunut ,Buluh Gading dan Kampung Dusun Tembakau disini.
Suspek pertama yang berumur 27 tahun itu merupakan pemandu kereta Honda City(QMD 6252) berwarna merah  serta bekerja sebagai tukang rumah dan berasal dari Kampung Dusun Tembakau, Kuala Terengganu.
Bagaimana pun suspek memberitahu kereta yang dipandunya telah diserahkan kepada bapa saudara suspek utama semalam untuk tujuan disorokkan.
Berdasarkan maklumat itu, bapa saudara suspek utama yang berusia 55 tahun turut ditahan 15 minit selepas tangkapan bagi membantu siasatan.
Pihak polis  masih meneruskan siasatan  dan usaha mengesan suspek utama  yang terlibat dalam pembunuhan Shukri Husin,34 yang berlaku ahad lalu.
Jika disabitkan kesalahan  suspek akan didakwa dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Terengganutimes.com

About Unknown

0 comments:

Post a Comment