Dana bantuan persediaan persekolahan bakal diagihkan menjelang 1 Disember 2016 kepada semua pemohon yang layak
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ianya sama seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Pemohon-pemohon yang sudah menerima sebelum ini tak perlu isi borang online, ia hanya dibuka kepada pemohon-pemohon yang baru,
“Jadi kita jangka pemberian baucer dan duit tunai ini akan mula diagihkan pada 1 Disember hingga 15 Disember sebanyak RM 100 seorang dan maksimun RM200 untuk dua orang satu keluarga yang berpendapatan RM 2000.00 ke bawa".
Ujarnya lagi , pada tahun 2015 kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 10,277,800 bagi agihan melibatkan 102,778 pelajar . Tahun ini kita jangkakan penerima seramai 105 ribu pelajar yang akan menelan belanja RM10.5 juta.
” ini merupakan touchpoint dan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat kita", katanya.
Sumber : Terengganutimes.com

0 comments:
Post a Comment