Sarang Tikus Dalam Bekas Cili Kering Di Sebuah Pasar Raya Kuala Terengganu



Seorang wanita memuat naik beberapa gambar dan mendakwa sebuah pasar raya terkemuka di negeri itu tidak bersih dan dicemari tikus.

Winnie Tan, memuat naik beberapa gambar tersebut di laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?),” katanya yang mendakwa gambar itu dirakam di pasar raya .

Berdasarkan gambar, hanya dua ekor tikus sahaja yang kelihatan di bahagian bawah kiri bekas tersebut. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana boleh wujudnya ruang kosong di tengah-tengah bekas itu? Bukankah tikus tidak tahan dengan bau pedas? Bagaimana ia boleh menjadikan tempat itu sebagai sarang?



Difahamkan, ekoran viral itu, Winnie Tan telah pun menutup akaun Facebooknya, dipercayai bimbang dikenakan tindakan.

Ekoran viralnya gambar-gambar tersebut, pihak pasar raya berkenaan telah mengambil tindakan memeriksa bekas cili kering yang didakwa mempunyai sarang tikus.

Sementara itu di media sosial, netizen menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kebersihan pasar raya. Ini kerana, jika makanan yang dijual dicemari oleh kencing tikus, ia boleh menyebabkan pengguna dijangkiti penyakit kencing tikus The Reporter



‘Tampil buat aduan’

Kuala Terengganu: Individu yang mendakwa terdapat tikus dalam bekas cili kering di sebuah pasar raya besar di daerah ini diminta tampil buat aduan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar berkata, individu berkenaan juga diminta mengemukakan bukti bagi membolehkan siasatan dan tindakan selanjutnya dapat diambil pihaknya.
“Kita cuma bimbang dakwaan yang salah boleh menjejaskan reputasi, imej dan perniagaan sesuatu premis dengan sekadar memuat naik di laman sosial tanpa bukti jelas,” katanya.
Dr Mohammad mengulas mengenai gambar yang viral sejak beberapa hari lalu selepas didakwa dimuat naik pemilik akaun Facebook sebelum dikongsi orang ramai.
Wanita itu mendakwa terdapat lebih 10 ekor tikus dalam bekas berkenaan hingga menyebabkan pelbagai reaksi netizen.
Berikutan itu, orang ramai minta pihak berkaitan dapat mengambil tindakan tegas terhadap pasar raya berkenaan kerana mengabaikan kebersihan.-hmetro

About Unknown

0 comments:

Post a Comment